Tuesday, 7 October 2014

Lawatan Kerja Katanya


Sekarang ramai pelajar luar negara yang telah kembali ke Malaysia. Kepakaran dan pengalaman mereka kini diterjemah dengan bekerja di dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Saya sendiri telah berjumpa pelajar alumni oxford, harvard, western australia dan lainlain

Di sini saya ingin mencadangkan agar kita dapat kurangkan 'lawatan kerja' tempoh sekejap (sekitar 14 hari) pekerja sektor kerajaan ke lua...r negara dan menggunakan sepenuhnya kepakaran dan pengalaman pelajar luar negara dalam menerangkan pelbagai perkara. Lawatan yang dimaksudkan ialah lawatan ke luar negara yang tidak mempunyai maklumat asas yang konkrit dan kukuh sebelum berlepas ke sesuatu negara.

Sebagai contoh isu pengangkutan. Kita menghantar beberapa kali wakil kerajaan ke luar negara bagi menimba pengalaman di sana. Benar. Ia perlu. Bagi membuka mata & menambah pengalaman mereka menilai dan membezakan keberkesan sektor pengangkutan luar negara. Tetapi sejauh mana keberkesanan lawatan itu yang dapat diserapkan ke dalam perkhidmatan kerajaan? Ada ia kos efektif dalam perbelanjaan negara?

Justeru, saya ingin mencadangkan diadakan lebih banyak pertemuan pelajar yang telah belajar di luar negara, tak kira lah Singapura, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Ini dalam dilihat lebih murah perbandingannya dan jauh besar pengalaman yang ditimba.

Sebagai contoh, seorang pelajar luar negara yang belajar degree akan mengambil masa lebih kurang 3 tahun, masters 2 tahun PHD dalam 4 tahun. Golongan ini secara tidak langsung telah mempelajari cara hidup di negara luar. Seperti contoh yang diberi di atas, mereka menggunakan pengangkutan awam setiap hari dan ini sedikit sebanyak membantu mereka memberi input dalam perkembangan polisi dan dasar kerajaan di Malaysia.

Sekali lagi tidak salah untuk pegawai kerajaan diberi peluang ke luar negara. Tetapi biarlah peratusannya berkurangan & lawatan biarlah lebih berstruktur serta fokus. Tambah peratusan dengan bekerjasama minda & fizikal pelajar yang telah lama di sana. Buat hubungan awal dengan golongan ini & sejurus mendapat solid ground info kemudian terus ke luar negara membuat langkah susulan. Dengan ini sebarang keputusan yang bakal dibuat melibatkan dasar kerajaan Malaysia akan menjadi lebih berkesan.

Bincangkan (20 markah)

*topik seterusnya : bagaimana kita menilai keberkersanan pegawai kerajaan kita di luar negara dan pengalaman saya.

No comments:

Post a Comment