Tuesday, 7 October 2014

BR1M Dan Kasi Voucher lah!


Okay lets talk bout BR1M. Pada 10 Disember 2011 fasa pertama BR1M telah disalurkan kepada rakyat. Kemudian BR1M 2.0 dan seterusnya. Langkah ini pada awalnya dikatanya hanya sebagai 'gula-gula' kepada rakyat kerana terjadi menjelang PRU-13. Namun kerajaan meletakkan ini di dalam manifesto pilihanraya untuk menunjukkan yang langkah ini dapat membantu kerajaan menyalurkan subsidi dalam bentuk BR1M.
(Bagaimana kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dengan BR1M, sila rujuk post yang saya share sebelum ini sebab saya malas nak tulis. Haha)
Okay sejak BR1M 1.0 saya berpengalaman memberi bantuan ini kepada rakyat (cheh cakap macam tah pape) tapi benar saya memang pernah membantu menyalurkan BR1M di beberapa tempat di Malaysia. Tapi proses masa mula-mula dulu lagi tah pape sebab waktu itu ia dimulakan dengan ceramah. Jadi dari mula aku rasakan langkah ini kurang bijak, bukan sahaja perlu mendengar ceramah tetapi perlu beratur panjang berjela nak dapatkan RM 500. Kalau budak tu muda handsome gaya ada macam saya tu tak apa lagi, tapi kesian makcik pakcik yang ada berkerusi roda. Saya sendiri pernah tolak pakcik atas kerusi roda sampai dapat duit RM 500.
Okay fair, kata nak kasi duit kan, nak tunjuk yang kerajaan kasi duit kan? Dulu idea saya bagi je la sampul, ada logo gomen. Dah la orang dapat duit cepat, lepas tu balik happy. Esok beli henpon pastu habis. Ye la tabiat kan. Macam budak-budak dapat duit PTPTN la, dapat duit selepuk, habis esok selepuk. Jangan cakap korang tak buat dulu. Haha. Kehendak didahulukan, keperluan dikemudiankan. Ingat tak dulu, siap kena amik baucar tunai. Baucar tunai weh! Ni langkah kalau nak amik BR1M dulu.
"Pembayaran dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari sehingga Mac 2012 dalam bentuk baucar tunai. Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos secara berperingkat. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat (dalam tempoh dua bulan) dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan. Majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan dalam surat. Baucar bantuan boleh ditunaikan di cawangan bank terpilih (Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank) di seluruh negara. Permohonan masih terbuka dan bagi mereka yang gagal atas sebab teknikal boleh membuat rayuan"
MAJLIS PENYERAHAN BAUCAR! haha. Dulu lagi saya kata, memang norma orang Malaysia majlis-majlis ni. So berjam-jam la pakcik yang happy pagi keluar nak dapat RM 500, tengahari sumpah-menyumpah orang yang bagi BR1M cakap atas pentas siap nyanyi satu lagu lagi. (Okay tak itu aku tipu). So permudahkan lah.
Initiatif kerajaan tu baik. Ada lah orang kata, kau kenapa amik BR1M kau kan sokong pembangkang. Kawan dia tu jawab, Eh suka hati aku lah aku bayar cukai. Dua-dua grup ni leh gi jalan! Tah pape. Ini initiatif kerajaan menyalurkan subsidi yang korang tak nampak dalam barang keperluan korang hari hari kerajaan top up tu. Kerajaan agih dengan cara baik iaitu melalui BR1M.
Walaupun nampak dimanjakan, tapi rakyat ada hak. So rakyat menang. Yeay. Tapi permudahkan lah. Tahun ini katanya terus masuk dalam akaun. Kan senang tu. Rakyat pun tak maki, rakyat happy. Nanti keluar resit dekat Bank tu, tulis lah "Jangan lupa cakap thank you" Hehe.
Okay panjang tak aku explain sebelum aku cakap pasal bagi baucar (bukan baucar tunai). Contoh, macam Bantuan Baucar Buku 1Malaysia. Student kena pergi kedai buku claim di kedai yang diperakui oleh Kerajaan Malaysia. Buat lah benda sama untuk BR1M. Pergi deal dengan Aeon Big ke, Mydin ke, Tesco ke, Hock Choon ke. Memang la "Ui lahabau, kaya la pasaraya-pasaraya besar ni (orang Melaka yang komen)" Memang lah kaya, kalau betul duit BR1M diguna pakai oleh rakyat bukan untuk beli henpon tapi barang keperluan. MEMANG kaya pun lah pasaraya ni. Tapi korang tak gunakan kan kan?... Kantoi situ. Tapi kitarannya pasaraya ini akan bayar cukai pada kerajaan & kerajaan akan salurkan balik kepada golongan berpendapatan rendah melalui BR1M. So menang, menang. Ada yang kata, BR1M ini boleh bantu bayar hutang. Tak ada BR1M pun kena bayar hutang kan? Asasnya BR1M ni nak bantu bayar barang keperluan, petrol dsb.
So mungkin PETRONAS ada mekanisma untuk bantu rakyat guna 'baucar' ini dalam pengisian minyak jugak. Aku tak tahu macam mana tapi mesti ada cara. Okay lah. panjang gila aku dah type. Sekali sedut je ni, haha kalau ada salah komen, iols okay. Hujah dibalas hujah.

No comments:

Post a Comment