Seperti yang kita sedia maklum, banyak pekerja di Malaysia yang dihantar ke luar negara bagi mewakili rakyat Malaysia di sana. Kementerian Luar, Kementerian Pendidikan, Jabatan Imigresen, Jabatan Perdana Menteri adalah antara insititusi dalam negara yang menhantar rakyat Malaysia untuk bekerja di pelbagai negara seperti New York US, London UK, Sydney Australia dan sebagainya. Cara ini di lihat lebih untuk membantu rakyat Malaysia yang berada di luar negara & menambahbaik hubungan Malaysia dengan negara luar.
Saya selaku bekas pelajar luar negara, dan lazim ke luar negara untuk menjalankan lawatan rasmi & tidak rasmi ingin mempersoalkan sejauh mana keberkesanan seseorang pegawai kerajaan yang bekerja di luar negara dapat membantu rakyat Malaysia untuk mempelopori pengetahuan dan pengalaman di negara asing.
Saya sedar, ramai pegawai kerajaan di Malaysia yang bekerja bersungguh-sungguh bagi mendapat peluang bekerja di luar negara, bagi menimba pengalaman di sana. Ada juga yang bekerja bersungguh-sungguh semasa bertugas di luar negara bagi memastikan tempoh kontrak mereka tidak ditamatkan dan terus berada di luar negara. Bagi saya, dan mengikut pendapat saya keduanya tidak salah (rujuk artikel saya sebelum ini) lagi lama seseorang individu itu berada di luar negara, lagi banyak pengalaman ditimba, dan lagi banyak pengetahuan akan dibawa balik ke Malaysia bagi dikongsi bersama.
TAPI
Adakah mereka di sana menjalankan apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka atau mereka hanya di sana bagi mengambil kesempatan untuk bercuti dan bersuka-ria SAHAJA (dimana tiada langsung halangan bagi bercuti tapi berpada).
Perkara ini selalu berlaku kan?
Baik kini saya ceritakan pengalaman saya dan rakan saya yang pernah bertemu dengan pegawai kerajaan Malaysia yang berada di sana (Fokus saya hanya untuk Education Malaysia kerana saya pernah bekerja dengan Kementerian Pengajian Tinggi satu ketika) . Pada tahun lepas saya ke Australia bagi melakukan lawatan bekerja jadi saya lah orang yang menghubungi pegawai Malaysia di sana. Jadi saya seperti biasa akan memenuhkan jadual dengan bertemu golongan ilmuan, golongan korporat dan pelajar di sana bagi memastikan saya dapat yang terbaik sepanjang 8 hari di sana. Sebelum pergi saya dah dapat bau yang orang di sana macam ada tak kena. Harga makanan seperti tidak berpatutan, harga pengangkutan juga sama. Bila saya sampai di sana, salah satu universiti yang saya pergi adalah kali pertama head of education Malaysia Australia ini baru pergi juga. Samalah sewaktu di UK, sudah berada di sana 2 tahun tapi University Oxford pun tak pernah jejak. Di US pula saya dengar cerita, pegawai education Malaysia library of congress pun tak pernah pergi, walhal nak tamat perkhidmatan dah.
Logik akal lah, kalau dah namanya pegawai pendidikan Malaysia kalau tak tahu pasal hal berkaitan sukan dan politik di sana, saya okay lagi tapi biarlah tahu banyak pasal benda yang berkaitan. Anda adalah wakil Malaysia di sana. Anda sepatutnya lebih banyak melakukan engagement dengan Universiti di sana, golongan ilmuan disana, bukan sahaja yang jaga tiket Movie World atau Disneyland atau menjejaki semua factory outlet yang berada di luar sana.
Saya sedar bukan semua pegawai kerajaan Malaysia berlakuan sedemikian rupa, & mungkin juga ramai yang akan marah kenyataan saya ini. Ini yang saya tempuhi dan saya yakin ramai orang complain benda yang sama. Saya juga tidak mengatakan tak perlu langsung berjalan bercuti bersama keluarga (saya juga akan buat benda yang sama, mengambil kesempatan sebaik mungkin bercuti di sana) tapi biar lah berpada. Ingatlah, anda wakil rakyat Malaysia ke sesebuah negara, buat lah yang terbaik kerana kami bergantung kepada apa kemahiran dan pengetahuan yang anda timba di sana. END
No comments:
Post a Comment