Orang semakin lama semakin marah, yang berada di atas akan terus angkuh tak bertempat, yang dibawah akan lari bertempiaran. Rakyat hanya ingin kan kebenaran. Jangan sorok, jangan simpan sebab lama kelamaan rakyat akan menilai. Rakyat dah pandai. Bukan sahaja dibuat jenaka mengenai cara pemimpin buat kenyataan, rakyat boleh menilai setiap ringgit yang dibelanjakan.
Kalau semua benda hendak dipolitikan, rasa jelik bila pembangunan Malaysia bukan lagi satu kepentingan. Makin lama makin sempit, makin lama makin sakit. Dua tahun tahan parah politik, bila habis tidak dijaga, dibuang bagai tidak dibela.
Jangan lupa, kiranya sekarang tidak dijaga, lama kelamaan luka pahit ini akan terus terasa. Apa lah kiranya dibelai sekarang, dipukul andai perlu, diusap kiranya sayu. Jika hujan kau payungkan, tatkala panas kau cuba dinginkan.
Peranan pucuk pimpinan bukan sahaja menjawab kritikan, harus kebawah rasai keperitan. Bukan lah dikata semua sebegini rupa, namun rakyat tidak lagi tunduk dengan mudahnya. Duduk bersama, murnikan bahasa, indah tutur kata. Baru lah rakyat tak mengata.
Yang membangkang akan terus membangkang. Kononnya memperjuangkan perihal rakyat sedangkan bersembunyi di sebalik kenyataan. Bagai melontar batu menyorok tangan, usah begitu kawan kerna yang kita inginkan Malaysia kekal terus aman. Kalau berharian mencari kesalahan kerajaan di mana ruang Malaysia untuk menjadi negara dikenali ramai. Duduk semeja, bincang pelbagai hal yang boleh membawa Malaysia ke suatu tempat dikagumi seantero dunia.
Rumusan saya untuk 2013, mudah. Rakyat dah bencikan politik sempit tiada hikmah, politik wang penuh rasuah. Rakyat menjadi mangsa, politik kotor terus berleluasa. Dengarlah suara denyutan nadi rakyat, bukan kerana pembangkang hebat semua, tapi rakyat tidak lagi rela dihina. Kata-kataSaifuddin Abdullah menutup tirai 2013
"Politik iaitu politik ilmu dan bukan politik ampu; politik hikmah dan bukan politik fitnah serta politik bakti dan bukan politik undi"
"Cinta kepada nilai kebenaran, keadilan, mulia dan murni. Benci kepada kepalsuan, kezaliman dan huru-hara. Inilah yang dikatakan sebagai amalan politik perjuangan"
Renungkan.
No comments:
Post a Comment