Thursday, 1 March 2012

Saingan Sang Lelaki


Bila kau menyedari diri kau disaingi ,kau harus fahami bahawa diri kau adalah hebat kerna dalam benak seorang lelaki diri kau diperhati dan dihalusi. Walaupun diri sendiri mempunyai pelbagai kelemahan dari setiap sisi tapi itu tak bisa dijadikan alasan untuk hati bersatu dan berlawan dengan setiap saingan yang berada di kanta mata. Mungkin satu ketika dia berada diatas dan berjaya memiliki segala yang pernah kau gapai. Tapi kapan pun dia akan jatuh dan mengagumi siapa dirimu sendiri. Epik begini mungkin terjadi. Mungkin dari tatapan seorang pelangi ,diri sainganmu yang di jadikan tunjang dan kau adalah ekor pada kehebatan seorang lelaki.




Kini mungkin segalanya bakal berubah kerana kehebatan seorang lelaki adalah datang pada hati. Tiada apa yang cekal mungkin disingkap lagi. Sehebat mana sang arjuna pun , kau harus tahu , bahawa kau yang menilai apa yang tercipta di bumi. Kau bebas memiliki. Kenangan pasti menjadi landasan pada setiap yang dimiliki namun kenangan yang lebih indah akan lebih diingati dari segala memori yang hanya bermain pada ketika yang didasari. Tercipta sebuah cerita kerana ia lahir dari peristiwa. Dan epilog sebuah cerita pasti berakhir antara suka atau duka. Jadi kemenangan lelaki ialah yang berjaya mencipta senyuman dan mengakhiri cerita dengan madah kesukaan.





]

Naluri Lelaki - Samsons

No comments:

Post a Comment