Sejak bergiat aktif menjaga orang politik, betul lah kata orang. Tak mudah. Permainannya agak hebat tak sama macam dunia hiburan yang saya penah harungi dulu. Tapi sedikit pun tu tak halang saya untuk teruskan perjuangan yang saya dah tetapkan dari mula lagi. Saya bermula menyertai kem Dato’ Saifuddin Abdullah DSA pada 1 Disember 2011 membawa jawatan Pegawai Khas Komunikasi.

Idea asalnya nampak seperti mudah, pegawai media. Tapi saya akui ia bukan yang biasa dari pandangan norma mata. Pada awal penglibatan saya, saya terima satu tugas di mana saya perlu ke UIA untuk buat persiapan sebelum DSA datang berbincang tentang buku beliau. Tapi bila sampai di sana, saya diberitahu oleh pelajar yang organize program, program itu dibatalkan atas alasan tertentu. Saya jadi pelik, dan inginkan jawapan. Rupanya, Rektor UIA kata atas sebab keselamatan, Dato’ Saifuddin dihalang masuk untuk berjumpa pelajar UIA. Waa. Tamparan hebat gitu. Timbalan Menteri Pengajian dihalang masuk ke dalam Universiti di bawah kementerian beliau. Nak dipendekkan cerita Rektor tak nak berjumpa dgn saya, saya pergi berjumpa dengan Timbalan Rektor HEP. Dia beritahu atas alasan isu AUKU masih diperkatakan. So? Its there to be discussed.

Jadi saya pulang la dengan hampa, dan malam tu terima banyak panggilan dari media. Masa tu agak cuak, ya la, baru kerja tak tahu macam mana orang politik buat kenyataan media. Suruh tulis gossip artis saya tahu le.
Saya berusaha untuk kembali menulis setelah lama meninggalkannya. Saya akan menulis dgn lebih intelektual, bincang isu dengan gaya kasual tapi berilmiah.
“Setiap yang ada itu lahir dari tiada, berfikirlah tembusi ruang akal dan lari dari bulatan sedia ada”
No comments:
Post a Comment